Monday, 25 April 2011

Tauhid

KONSEP KETUHANAN

  • RUBUBIYAH
  • ULUHIYAH
  • ASMA WAS SIFAT
  1. RUBUBIYAH      - keyakinan(iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah yg mentadbirkan alam  ini dan tiada pentadbir yang lain melainkan Dia
  2. ULUHIYAH         - mengakui bahawa hanya Allah Yang Maha Esa layak disembah , dipatuhi dan ditaati . Paksi kepada uluhiyah ialah dua kalimah syahadah. Orang yang beriman tidak akan sesat .
  3. ASMA WAS SIFAT - Allah memiliki nama-nama yang indah dan mulia serta mempunyai sifat-sifat yang sempurna . Allah memiliki 99 nama bagi diri-Nya , 41 sifat terdiri daripada 20 wajib,20 mustahil dan harus .
Mari kita sama-sama menghayati ayat-ayat al-Quran yang ada di bawah ini :

  • Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.(QA Az-Zumar [39] : 62)
  • Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    (QS Al-Fatihah [1] : 2)
  • Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.(QS Adz-Dzariyat [51] : 56)
  • Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (QS Al-Imran [3] :85)                                                                                                                                               
    SELAMAT BERTAUHIDKAN ALLAH......

No comments:

Post a Comment