Sejak belakangan ini,agak ramai penduduk Malaysia yang memeluk agama islam.Setiap orang ada sebab-sebab berbuat demikian . Di sini,saya tidak mahu menghuraikan sebab-sebab islam menjadi pilihan utama bagi sesetengah manusia,tetapi masalah yang biasa dihadapi oleh mereka.
Salah satu yang perlu dihadapi ialah masalah keluarga . Halangan keluarga menjadi kemelut utama bagi kebanyakan mualaf,contohnya dihalau dari keluarga,dimaki hamun dan dicaci . Apakah cara yang diambil oleh mereka dalam mengatasi masalah ini ? Ada yang tidak berhenti-henti berdoa supaya ibu bapa dapat menerima agama islam , tetapi ada sesetengah pula memilih meninggalkan keluarga . Sesiapa yang berputus asa daripada meminta doa dan restu ibu bapa secara istiqamah(memilih untuk menjauhkan diri dari keluarga) telah melakukan kesalahan yang amat besar . Hal ini akan menakutkan orang lain takut untuk memeluk agama islam dan menyebabkan salah faham dalam agama islam sesungguhnya Nabi Muhammad mengajar umatnya mengasihi keluarga sampai bila-bila.
Yang kedua , isu menukar nama juga menjadi topik hangat apabila masyarakat menceritakan pasal memeluk agama islam.Sebenarnya , isu menukar nama tidak patut jadi satu masalah. Menurut ustaz Lim Jooi Soon , orang baru boleh menggunakan nama lama dan tidak perlu tambah bin abdullah di belakang nama . Namun , meletakkan nama islam di depan nama lama boleh menjadi satu alternatif untuk menunjukkan identiti sebagai umat islam . Contohnya, nama Tan Ah Kau boleh ditukar jadi Zulkefli Tan Ah Kau .
Walau bagaimanapun , masih ada orang yang keliru dengan nama islam dan nama melayu . Apakah yang dimaksudkan dengan nama islam ? Adakah Ali dan Abu ialah nama melayu ? Jawapannya ialah tidak sama sekali , Ali bin Abu Talib , nama ini telah wujud pada zaman Nabi Muhammad dan beliau merupakan khalifah yang ke-4 selepas Nabi kita. Pada masa itu , bangsa melayu belum wujud dan agama islam belum bertapak di Asia Tenggara . Oleh itu , Ali dan Abu ialah nama islam dan bukan nama melayu .
Isu yg seterusnya ialah masuk islam umpama masuk melayu . Konsep ini adalah salah . Agama islam adalah untuk semua umat manusia dan bukan untuk mana-mana kaum sahaja. Kalau seorang itu masuk christian , maka dia ialah orang barat ? Kalau orang itu masuk hindu , maka dia orang india ?Langsung tidak masuk akal anggapan tersebut . Umat islam di china jauh lebih banyak daripada negara Malaysia , tetapi mereka bukan melayu,bagi orang yang salah faham tidak kira melayu atau bangsa lain , sila betulkan salah faham anda .
Mari kita mengkaji sedikit mengapa masuk islam dikatakan masuk melayu . Mesti ada punca-punca dia . Dari segi keluarga , ahli keluarga tidak ingin menerima mereka yang masuk islam . Secara langsung , mereka akan bergantung pada orang melayu . Bukan sahaja keluarga tidak menerima , malah masyarakat cina tempatan juga tidak menerima mereka yang memeluk islam . Dipulau atau disisihkan akan berlaku , hal ini akan mendalamkan salah faham antara orang islam dengan orang bukan islam .
Melayu atau Islam , ini merupakan dua isu yang berbeza . Allah hanya tengok pada agama bukan bangsa . Orang yang bukan islam perlu mendalami fahaman islam sebelum membuat sebarang keputusan dan bukan sahaja dengar kisah-kisah dan pengalaman-pengalaman orang yang telah salah faham . Kita tidak akan menjadi seorang doktor dengan melihat video pembedahan di youtube sahaja .
Dengan ini saya doakan orang yang belum berbuka hati dapat menerima ape yang benar lagi hakiki.